22/06/14

Senyumlah 3: Alkisah Pedoman untuk anakku



Buku Senyumlah 3: Alkisah Pedoman untuk anakku

Salam semua sahabat sekalian,
Buku Senyumlah 3 kini boleh didapati melalui pembelian online.

Tajuk Buku: Senyumlah 3: Alkisah Pedoman untuk anakku
Pengarang: Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
M/S: 260
Kulit Nipis
Harga buku: 

RM18 (Semenanjung) 
RM21 (Sabah & Sarawak).
Kos penghantaran: RM6 (1 - 3 jumlah buku)RM9 (4 - 6 jumlah buku). RM13 (7 - 10 jumlah buku)

SINOPSIS:

Manusia merupakan makhluk yang mulia di sisi Allah, lantaran itu, ketaqwaannya menjadikan ia akan menjadi lebih mulia dan lebih hebat. Namun, kehebatan manusia bukan terletak kepada apa yang ia miliki, namun sejauh mana sesuatu yang dimiliki itu dapat memberi manfaat kepada orang lain.

Bukanlah seorang yang kaya, andainya orang miskin tidak boleh menumpang hartanya, demikianlah bukan seorang yang alim, andainya si jahil tidak boleh menumpang ilmunya.

Umumnya manusia tidak suka dimarahi, tetapi ia suka dinasihati. Jesteru, lahirnya cara menegur atau menasihati seseorang dalam pelbagai bentuk dan kaedah. Penceritaan adalah satu cara bagi mendidik manusia. Maka apa yang penting bukan sesuatu kisah yang diutara, tetapi apakah pengajaran yang boleh kita ambil dari kisah tersebut.

Dalam siri Senyumlah 3 ini, saya mengemukakan pelbagai kisah yang bertujuan untuk memberi pengajaran serta mengambil manfaat dari kisah tersebut. Terkadang kisah tersebut hanyalah rekaan semata-mata bagi menyesuaikan dengan pengajaran yang ingin diutarakan.  Namun, tidak kurang juga kisah yang berlaku dan diolah semula bagi memudahkan pemahaman kepada pembaca, knususnya di kalangan anak-anak.

Saya mengharapkan siri Senyumlah 3 ini yang dipersembahkan dalam bentuk penceritaan dan pengajaran di sebaliknya mampu memberi suatu motivasi dan nasihat yang berguna kepada pembaca.  Kesemua kisah ini adalah himpunan penulisan cerita dalam Facebook yang ditujukan buat pembaca, khususnya anak- anak yang sering-kali mengikuti penulisan ini.

Salam perjuangan.
Senyum.

Ustaz Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Mei 2014

UNTUK PEMBELIAN 





Pembayaran boleh dibuat ke akaun kami :

Bank: Malayan Banking Berhad
Nama Akaun: VI Venture
No Akaun: 5-14075-01255-5



SMS atau email kepada kami butir pembayaran : 

0192313658 (viventure2012@gmail.com)

Format SMS/Email:

Nama Penuh <petak kosong>
Jumlah Buku <petak kosong>
Nama Buku <petak kosong>
RMxxx <petak kosong>
Tarikh <petak kosong>
Masa <petak kosong

Bank  <petak kosong
Alamat POS <petak kosong>
No Tel <petak kosong>


Contoh SMS/Email:

Mohd Tuan Ismail 1 Senyumlah3 RM24 5.7.12 3.03pm Maybank 26, Jalan USJ 11/1K, Uep Subang Jaya, 47620, Selangor 0192313658



Nota

1. Sila simpan slip urusniaga sehingga barang yang dibeli sampai.

2. Bagi pengedar, minimum order 20 buah buku + kos penghantaran (hubungi kami untuk keterangan lanjut dan harga pengedar).