7/07/13

Buku Senyumlah 2: Wahai Anakku, Hadiah daripada ayah dan bonda



Buku Senyumlah 2: Wahai Anakku, Hadiah daripada ayah dan bonda

Salam semua sahabat sekalian,

Buku Senyumlah 2 kini boleh didapati melalui pembelian online.

Tajuk Buku: Senyumlah 2: Wahai Anakku, Hadiah daripada ayah dan bonda
Pengarang: Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
M/S: 208
Kulit Nipis

Harga buku:
RM17 (Semenanjung)
RM20 (Sabah & Sarawak).
Kos penghantaran RM5 untuk sebuah buku. (Sama untuk Semenanjung & Sabah Sarawak) – Nota: Sila rujuk kos penghantaran di bawah jika pembelian melebihi 1 buku.

SINOPSIS:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah mengutuskan RasulNya, Nabi Muhammad S.A.W. Selawat salam ke atas Baginda dan seluruh ahli keluarganya, para sahabat dan tabieen dan seluruh pendokong ajaranNya.

Buku kecil ini hasil dari beberapa catatan di alam Facebook (FB), yang bersifat mauizah, iaitu peringatan bagi anak-anak yang sedang menempuh alam remaja. Tulisan ini adalah luahan hati seorang ayah kepada anak yang dikasihinya, sebagai satu peringatan bagi mencari keredhaan Ilahi.

Nasihat seorang ayah dan ibu terkadang tidak mampu diucap oleh lidah. Ada masanya ia lebih baik dalam bentuk tulisan agar ia boleh terus dibaca dan diulang. Anak hari ini adalah bakal ayah dan ibu masa depan. Apa jua nasihat yang didengari hari ini akan menjadi pedoman baginya untuk menasihati anaknya pada masa depan. Lantaran itu, catatan dalam FB ini, tentulah bukan tulisan ilmiyah yang didokongi sumber rujukan tertentu. Ia adalah luahan nasihat agar hati yang jauh dari Allah dapat didekatkan, dan seterusnya mampu mengolah menjadi mutiara amalan seharian.

Catatan ini adalah berupa hadiah dari seorang ayah dan ibu buat anaknya, dan saya tinggalkan beberapa halaman kosong di bahagian belakang buku ini untuk catatan tangan ayah dan ibu khusus untuk anaknya. Gunalah ruang ini untuk menambahkan nasihat dan ingatan sebagai tanda kasih sayang seorang ayah dan ibu kepada anaknya. Semoga suatu hari nanti, ia akan menjadi catatan yang sangat mahal harganya. Semoga tulisan ringkas ini dapat disebar sebagai perkongsian nasihat dari seorang hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya dalam menempuh cabaran kehidupan yang sementara ini.

Salam sayang dan senyum selalu. Kerana senyuman adalah penawar diri dan hati yang tidak berhajat bertemu doktor dan menelan pil bagi mendapatkannya. Hormat dari  hamba Allah.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

UNTUK PEMBELIAN 

Pembayaran boleh dibuat ke akaun kami :
Bank: Malayan Banking Berhad
Nama Akaun: VI Venture
No Akaun: 5-14075-01255-5

SMS atau email kepada kami butir pembayaran : 
0192313658 (viventure2012@gmail.com)

Format SMS/Email:
Senyumlah2
Nama Penuh <petak kosong>
Jumlah Buku <petak kosong>
RMxxx <petak kosong>
Tarikh <petak kosong>
Masa <petak kosong> 
 Bank  <petak kosong>
Alamat POS <petak kosong>
NO HP <petak kosong>

Contoh SMS/Email:
Senyumlah2 Mohd Izwan Buhari 1 RM22 5.7.12 3.03pm Maybank 26, Jalan USJ 11/1K, Uep Subang Jaya, 47620, Selangor 0192313658

Kos Penghantaran Mengikut Jumlah Buku
Jumlah Buku
Kos Penghantaran
1
RM5
2
RM7
3
RM9
4-6
RM13
10
RM20
30
RM30

Nota: 
1. Sila simpan slip urusniaga sehingga barang yang dibeli sampai.
2. Bagi pengedar, minimum order 30 buah buku + kos penghantaran (hubungi kami untuk keterangan lanjut dan harga pengedar).



13 ulasan:

  1. assalamualaikum ustaz, kalau borong dapat diskaun tak ustaz?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada. Sila hubungi 0192313658 untuk harga pengedar.

      Padam
  2. Salam saudara.Saya ingin bertanya,adakah buku senyumlah 2 ini sama dengan buku senyumlah cetakan pertama?Jika tidak sama,saya ingin membeli kedua-duanya.Bolehkah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak. Ia adalah buku berlainan.
      Senyumlah 1, stok amat terhad.
      Boleh rujuk
      bit.ly/14UrGr5
      untuk pembelian.

      Padam
  3. Assalamualaikum..
    Saya inginkn info yg sama spt sdri salsabila, dan berminat utk dptkn kedua2 jika kedua2 buku ini berbeza.mohon info dpd pihak tuan..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak. Ia adalah buku berlainan.
      Senyumlah 1, stok amat terhad.
      Boleh rujuk
      bit.ly/14UrGr5
      untuk pembelian.

      Padam
  4. Salam'alaik. Buku Senyumlah 1 dan Senyumlah 2 ada terdapat di kedai buku-buku Islam tak? Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senyumlah 2 rasanya ada. Senyumlah 1 tak pasti. Byk tempat habis stok

      Padam
  5. Assalamualaikum

    Buku Senyumlah 1 masih available atau sudah kehabisan stok?

    Jazakallah

    BalasPadam
  6. Ingin mendapat kepastian...adakah pesanan utk buku ini masih di terima?

    BalasPadam
  7. Assalamualaikum, kat mana nak dapatkan buku Senyumlah di tanah merah, kelantan?

    BalasPadam