23/08/13

Buku Senyumlah Cetakan Ketiga


Buku Senyumlah Cetakan Ketiga


Kemaskini 23.8.13: Atas permintaan ramai, cetakan ketiga Senyumlah sudah terbit!!! Dapatkannya hari ini!

Salam semua sahabat sekalian,

Buku Senyumlah cetakan kedua kini boleh didapati melalui pembelian online.


Tajuk Buku: Senyumlah
Pengarang: Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
M/S: 240
Kulit Nipis
Harga buku

RM17 (Semenanjung) 
RM20 (Sabah & Sarawak).
Kos penghantaran RM5. (Sama untuk Semenanjung & Sabah Sarawak)

SINOPSIS:

Menusuk kalbu, santai, mudah dibaca, berlian ilmu dan memotivasikan kita untuk terus bersenyum. Itulah deskripsi daripada pembaca yang sudah memiliki buku ini.

Ramai antara kita yang tidak faham mengapa senyum adalah sedekah. Ramai juga yang tidak faham mengapa digalakkan berdoa, berzikir, istighfar dan jangan ditinggalkan sembahyang.

Segalanya ini dibongkar jelas oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam buku sulungnya ‘Senyumlah’ yang dilancarkan dengan jayanya 1 Julai 2012 lepas.

Segala ciptaan Allah adalah sempurna. Begitulah juga dengan sistem badan manusia.

Namun demikian, ramai manusia yang tidak faham bagaimana sistem badannya berfungsi dan apakah kaitan ajaran Islam kepada sistem badan manusia.

Sebenarnya semua berkait, secara jelas tapi terlindung.

Di sebalik buku motivasi yang mudah dibaca dan bersifat santai ini, Ustaz Tuan Ibrahim menyelit keajaiban peranan air liur yang bakal membuka dimensi baru dalam pemahaman agama Islam.

Sedarkah kita, selain bernafas, apakah yang dilakukan manusia setiap minit tanpa sedar?

Iaitu menelan air liur.

Ketika kita melihat benda lazat, air liur terjana, dan kita menelan secara tidak sedar.

Ketika kita membaca, air liur terjana, dan kita menelan secara tidak sedar.

Begitu juga ketika sembahyang, ketika berzikir, beristighfar dan juga mengumpat!

Mudahnya air liur sebenarnya elemen terpenting sistem badan manusia yang menjaga tubuh badan – segalanya bermula daripada mulut – dan elemen menjaganya adalah air liur.

Menurut Ustaz Tuan Ibrahim, air liur terbahagi kepada dua, air liur baik dan air liur beracun....


Untuk bacaan lanjut, dapatkan buku Senyumlah tulisan motivasi Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man secara online sekarang!


UNTUK PEMBELIAN 



7/07/13

Buku Senyumlah 2: Wahai Anakku, Hadiah daripada ayah dan bonda



Buku Senyumlah 2: Wahai Anakku, Hadiah daripada ayah dan bonda

Salam semua sahabat sekalian,

Buku Senyumlah 2 kini boleh didapati melalui pembelian online.

Tajuk Buku: Senyumlah 2: Wahai Anakku, Hadiah daripada ayah dan bonda
Pengarang: Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
M/S: 208
Kulit Nipis

Harga buku:
RM17 (Semenanjung)
RM20 (Sabah & Sarawak).
Kos penghantaran RM5 untuk sebuah buku. (Sama untuk Semenanjung & Sabah Sarawak) – Nota: Sila rujuk kos penghantaran di bawah jika pembelian melebihi 1 buku.

SINOPSIS:

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang telah mengutuskan RasulNya, Nabi Muhammad S.A.W. Selawat salam ke atas Baginda dan seluruh ahli keluarganya, para sahabat dan tabieen dan seluruh pendokong ajaranNya.

Buku kecil ini hasil dari beberapa catatan di alam Facebook (FB), yang bersifat mauizah, iaitu peringatan bagi anak-anak yang sedang menempuh alam remaja. Tulisan ini adalah luahan hati seorang ayah kepada anak yang dikasihinya, sebagai satu peringatan bagi mencari keredhaan Ilahi.

Nasihat seorang ayah dan ibu terkadang tidak mampu diucap oleh lidah. Ada masanya ia lebih baik dalam bentuk tulisan agar ia boleh terus dibaca dan diulang. Anak hari ini adalah bakal ayah dan ibu masa depan. Apa jua nasihat yang didengari hari ini akan menjadi pedoman baginya untuk menasihati anaknya pada masa depan. Lantaran itu, catatan dalam FB ini, tentulah bukan tulisan ilmiyah yang didokongi sumber rujukan tertentu. Ia adalah luahan nasihat agar hati yang jauh dari Allah dapat didekatkan, dan seterusnya mampu mengolah menjadi mutiara amalan seharian.

Catatan ini adalah berupa hadiah dari seorang ayah dan ibu buat anaknya, dan saya tinggalkan beberapa halaman kosong di bahagian belakang buku ini untuk catatan tangan ayah dan ibu khusus untuk anaknya. Gunalah ruang ini untuk menambahkan nasihat dan ingatan sebagai tanda kasih sayang seorang ayah dan ibu kepada anaknya. Semoga suatu hari nanti, ia akan menjadi catatan yang sangat mahal harganya. Semoga tulisan ringkas ini dapat disebar sebagai perkongsian nasihat dari seorang hamba Allah yang sentiasa mengharapkan keredhaanNya dalam menempuh cabaran kehidupan yang sementara ini.

Salam sayang dan senyum selalu. Kerana senyuman adalah penawar diri dan hati yang tidak berhajat bertemu doktor dan menelan pil bagi mendapatkannya. Hormat dari  hamba Allah.

Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

UNTUK PEMBELIAN 

Pembayaran boleh dibuat ke akaun kami :
Bank: Malayan Banking Berhad
Nama Akaun: VI Venture
No Akaun: 5-14075-01255-5

SMS atau email kepada kami butir pembayaran : 
0192313658 (viventure2012@gmail.com)

Format SMS/Email:
Senyumlah2
Nama Penuh <petak kosong>
Jumlah Buku <petak kosong>
RMxxx <petak kosong>
Tarikh <petak kosong>
Masa <petak kosong> 
 Bank  <petak kosong>
Alamat POS <petak kosong>
NO HP <petak kosong>

Contoh SMS/Email:
Senyumlah2 Mohd Izwan Buhari 1 RM22 5.7.12 3.03pm Maybank 26, Jalan USJ 11/1K, Uep Subang Jaya, 47620, Selangor 0192313658

Kos Penghantaran Mengikut Jumlah Buku
Jumlah Buku
Kos Penghantaran
1
RM5
2
RM7
3
RM9
4-6
RM13
10
RM20
30
RM30

Nota: 
1. Sila simpan slip urusniaga sehingga barang yang dibeli sampai.
2. Bagi pengedar, minimum order 30 buah buku + kos penghantaran (hubungi kami untuk keterangan lanjut dan harga pengedar).



16/03/13

Buku Terbaru: PRIMA FACIE - Mohamed Hanipa Maidin



PRIMA FACIE
Melihat Cerita Dari Kacamata Islam, Politik dan Undang-Undang
Mohamed Hanipa Maidin


Salam semua sahabat sekalian,

Buku PRIMA FACIE kini boleh didapati melalui pembelian online.


Tajuk Buku: PRIMA FACIE
Pengarang: Mohamed Hanipa Maidin
M/S: 525
Kulit Nipis
Harga buku: 

RM39 (Semenanjung) 
RM43 (Sabah & Sarawak).
Kos penghantaran RM6. (Sama untuk Semenanjung & Sabah Sarawak)

SINOPSIS:

Sekalipun tulisan yang terhimpun ini ada yang berwacana secara akademik dan ada pula yang bergaya santai, namun ia telah dilihat mampu memberi ilmu perundangan kepada masyarakat pembaca. Sudah tentu ia boleh mengayakan khazanah ilmu mahu bercetak ketika mana dunia dihidangkan dengan pelbagai maklumat menerusi alam maya dan kecanggihan teknologi. Maka sumbangan penulisan buku ini pastikan tetap segar dalam memupuk budaya membaca terus subur.

Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat
Murshidul Am PAS


Koleksi artikel di dalam buku ini bukanlah satu karya ilmiyah dan tidak pernah sama sekali diniatkan sebegitu sejak awal. Meskipun dalam keadaan tertentu saya perlu membuat rujukan tertentu, ianya, bagi say, masih lagi satu karya ringan dan santai. Namun karya ringan kadangkala masih juga dianggap berat apabila ia melibatkan perbincangan undang-undang.

Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu juga antara 'subject matter' utama dalam banyak tulisan saya. Kes-kes mereka di Mahkamah yang sering mendapat liputan meluas di media banyak memberi ilham saya untuk menulis. Saya tidak pasti adakah politik negara ini akan 'meriah' tanpa dua tokoh hebat ini.

Mohamed Hanipa Maidin



UNTUK PEMBELIAN