16/09/12

CATATAN SEORANG PEJUANG - USTAZ NASRUDIN HASSAN TANTAWI



Tajuk Buku: 'Tiada Siapa Kata Perjuangan Islam Ini Mudah' - Catatan Seorang Pejuang
Pengarang: Ustaz Nasrudin Hassan At Tantawi
M/S: 245
Kulit Nipis
Harga buku: 
RM20 (Semenanjung) 
RM22 (Sabah & Sarawak).
Kos penghantaran RM5. (Sama untuk Semenanjung & Sabah Sarawak).


SINOPSIS:

Hidup di landasan perjuangan Islam ini tidak mudah. Hakikatnya, tiada siapa kata perjuangan Islam ini mudah. Dengan berbekalkan ketaqwaan dan keimanan pada Allah, ramai yang cuba menempuh perjuangan ini.

Namun, tanpa ketaqwaan dan keimanan kepada Allah yang kuat beserta kemahiran memotivasikan diri sendiri, ramai yang tersungkur.

Ramai yang menarik diri di pertengahan jalan.

Ramai yang terpengaruh dengan kesenangan duniawi, dan mengatakan kepada diri sendiri, ada orang lain yang bakal meneruskan perjuangan ini.

Ada pula yang menggunakan jalan terpesong untuk memperjuangkan agama Allah, yang akhirnya bukan dia saja yang tersungkur malah Islam terpalit dengan nama buruk akibat “perjuangan” beliau.

Ada ramai yang menyatakan mereka sedang memperjuangkan Islam. Namun, apabila ditanya apakah perjuangan Islam? Jawapan yang didengari cukup berbeza.

Bagi Ustaz Nasrudin Hassan at Tantawi, inilah tujuan perjuangan Islam:

Perjuangan kita adalah untuk mencari keredhaan Allah. Justeru itu pastikan aksi dan ucapan kita tidak mencetus kemurkaan Allah.

Perjuangan kita untuk memenangi hati manusia. Justeru itu usahakan dakwah dan kempen kita tidak meliarkan mereka.

Perjuangan kita adalah untuk memelihara kesucian Islam. Justeru itu pastikan kita tidak melakukan maksiat dan mungkar.

Perjuangan kita untuk mendaulatkan syariat Islam. Justeru itu, pastikan kita menepati pra syarat kemenangan dariNya.”

Bagi beliau, perjuangan Islam adalah perjuangan untuk Allah.


Ustaz Tantawi sentiasa mengingatkan diri bahawa:

“Kemenangan adalah anugerah Allah. Namun untuk menang syaratnya mestilah berjuang.
Pun begitu berjuang tidak semestinya menang. Jadi, berjuanglah kerana Allah s.w.t.”

Berbekalkan ini, jarang kita melihat motivasi Ustaz Tantawi luntur meskipun berdepan dengan pelbagai mehnah perjuangan.

Setiap pemahaman, kesedaran dan ilmu yang diperoleh beliau dicatatkan dengan gigih dalam laman Facebook beliau.

Beliau memahami dalam perjuangan Islam, musuh utamanya bukan musuh yang ingin menggagalkan hasrat Islam, tetapi diri sendiri yang mudah tewas di medan juang sebelum sempat bergelanggang dengan musuh.

Ketika berjuang, Ustaz Tantawi juga menekankan kepentingan menjaga akhlak dan siasah supaya nama Islam tidak dicemari dengan tindakan-tindakan yang tidak melambangkan Islam sebenarnya.

Bagi beliau, Islam mesti dimenangi dengan cara menawan dengan kebaikan dan bukannya kemungkaran, maksiat dan segala yang Allah murkai.

Mutiara kata-kata beliau di Facebook cukup berharga bagi para pejuang agama Allah sebagai sumber motivasi dan panduan dalam menghadapi mehnah, rintangan dan jalan berliku untuk mencapai kemenangan sebenar di dunia dan di akhirat.

Nasihat, motivasi dan teguran beliau bukan sahaja merangkumi cara menghadapi musuh – tapi juga cara menjaga tingkahlaku sendiri, menguruskan pemikiran terhadap sahabat dan keluarga dan perangkap duniawi yang boleh melemahkan semangat perjuangan.

Selain motivasi perjuangan, buku ini turut memaparkan nota dakwah yang mudah difahami mengenai Hukum Hudud yang disalah-faham oleh segenap lapisan masyarakat.

Bakat penulisan Ustaz Tantawi dalam berpuisi dan bersajak dalam beberapa catatannya ketika mengharungi cabaran perjuangan turut dibukukan.



SENYUMLAH - USTAZ TUAN IBRAHIM TUAN MAN


Tajuk Buku: Senyumlah
Pengarang: Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
M/S: 240
Kulit Nipis
Harga buku: 
RM17 (Semenanjung) 
RM20 (Sabah & Sarawak).
Kos penghantaran RM5. (Sama untuk Semenanjung & Sabah Sarawak)

SINOPSIS:

Menusuk kalbu, santai, mudah dibaca, berlian ilmu dan memotivasikan kita untuk terus bersenyum. Itulah deskripsi daripada pembaca yang sudah memiliki buku ini.

Ramai antara kita yang tidak faham mengapa senyum adalah sedekah. Ramai juga yang tidak faham mengapa digalakkan berdoa, berzikir, istighfar dan jangan ditinggalkan sembahyang.

Segalanya ini dibongkar jelas oleh Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di dalam buku sulungnya ‘Senyumlah’ yang dilancarkan dengan jayanya 1 Julai 2012 lepas.

Segala ciptaan Allah adalah sempurna. Begitulah juga dengan sistem badan manusia.

Namun demikian, ramai manusia yang tidak faham bagaimana sistem badannya berfungsi dan apakah kaitan ajaran Islam kepada sistem badan manusia.

Sebenarnya semua berkait, secara jelas tapi terlindung.

Di sebalik buku motivasi yang mudah dibaca dan bersifat santai ini, Ustaz Tuan Ibrahim menyelit keajaiban peranan air liur yang bakal membuka dimensi baru dalam pemahaman agama Islam.

Sedarkah kita, selain bernafas, apakah yang dilakukan manusia setiap minit tanpa sedar?

Iaitu menelan air liur.

Ketika kita melihat benda lazat, air liur terjana, dan kita menelan secara tidak sedar.

Ketika kita membaca, air liur terjana, dan kita menelan secara tidak sedar.

Begitu juga ketika sembahyang, ketika berzikir, beristighfar dan juga mengumpat!

Mudahnya air liur sebenarnya elemen terpenting sistem badan manusia yang menjaga tubuh badan – segalanya bermula daripada mulut – dan elemen menjaganya adalah air liur.

Menurut Ustaz Tuan Ibrahim, air liur terbahagi kepada dua, air liur baik dan air liur beracun....